Karnival Keusahawanan Sosial PID (KKS) adalah sebuah program keusahawanan yang telah dilancarkan pada tahun 2008 oleh YB Dato’ Joseph Salang Gandum,Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang kini merupakan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
Ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) dalam menggalakkan penggunaan ICT dalam kehidupan harian terutamanya para usahawan.
Karnival Keusahawanan Sosial PID ini melibatkan penyertaan aktif warga PID dan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bertemakan keusahawanan dan ICT. Karnival ini juga bertujuan menggalakkan aktiviti keusahawanan di kalangan penduduk luar Bandar disamping melahirkan usahawan baru dan memberi peluang kepada PID untuk mengenali usahawan setempat.
Selain dari itu, program ini juga dapat :-
* Meningkatkan taraf kehidupan disamping menjadi usahawan peringkat global;
* Merapatkan jurang digital melalui sesi kelas-kelas ICT dan bengkel-bengkel keusahawanan
* Mempromosikan produk-produk tempatan dan perkhidmatan masing-masing.
Program ini dalam matlamatnya adalah untuk melahirkan para usahawan baru dikalangan komuniti luar bandar melalui penerapan elemen ICT sebagai penggerak kemajuan dan kemahiran perniagaan bagi membantu melaksanakan agenda negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang inovatif dan berwawasan.
No comments:
Post a Comment