Tuesday, July 20, 2010

Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010



Karnival Keusahawanan Sosial adalah sebuah program keusahawanan berteraskan ICT bertujuan menggalakkan aktiviti keusahawanan di kalangan penduduk luar bandar disamping melahirkan usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar. Program ini berlangsung selama sebulan iaitu dari 16 Jun 2010 hingga 18 Julai 2010 dengan mengetengahkan tiga (3) aktiviti khusus iaitu Bengkel Portal PID, e-Karnival dan Mini Ekspo jualan dan pameran usahawan. Bengkel Portal PID bertujuan melatih komuniti dalam penggunaan kemudahan portal yang telah disediakan secara percuma seperti memiliki e-kedai bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan untuk semua usahawan. E-Karnival adalah aktiviti jual beli secara dalam talian dengan setiap usahawan akan mengetengahkan produk secara online menerusi blog, laman web dan sebagainya. Seterusnya Mini Ekspo Karnival pula akan memberi peluang kepada usahawan dalam mempromosi produk dalam usaha merangsang pembangunan ekonomi dan sosial komuniti setempat terutama usahawan bumiputera. Mini Ekspo yang dikenali Ekspo Sinar Rakyat akan diadakan dari 1 hingga 20 Julai 2010 dimana sepanjang tempoh ini akan diadakan pelbagai program seperti ekspo jualan, sukaneka, pameran agensi kerajaan dan swasta, pertandingan, persembahan pentas, ceramah agama dan sebagainya. Dalam tempoh ini penganjur akan menggunakan sepenuhnya masa dalam merealisasikan impian untuk membuka minda masyarakat dalam usaha membudayakan ICT dan keusahawanan masa kini.

Program ini memberi peluang bagi usahawan sedia ada untuk memperluaskan lagi jualan produk serta melahirkan usahawan baru dengan menggunakan e-kedai di portal rasmi PID iaitu www.pid.net.my.

Karnival pada tahun ini telah menyediakan pelbagai aktiviti selaras dengan aspirasi mewujudkan usahawan global dan menjadikan portal PID sebagai tapak memulakan penjualan dan pembelian secara online.

Oleh itu, program pada kali ini telah menyediakan 3 acara/aktiviti khusus iaitu :

* Bengkel Portal PID (e-kedai)
* E-karnival
* Mini Ekspo

Selain itu, program pada kali ini juga telah menyediakan beberapa Anugerah bagi mengiktiraf usaha warga PID di dalam Karnival pada kali ini iaitu:

1. Anugerah Karnival PID Dinamik
2. Anugerah Usahawan Tekno
3. Anugerah e-kedai Kreatif

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi atau berjumpa dengan Pengurus/Pen. Pengurus PID Bukit Kayu Hitam.
emel : bukitkayuhitam@pid.net.my, Talian Hotline :
012-5210672

No comments:

Post a Comment