Tuesday, July 20, 2010

Perhimpunan Kelab Basikal BMX


Perhimpunan Kelab Kereta Lama





Acara Pentas

Sukaneka

Pertandingan Karaoke


Auto Show

Pertandingan Mewarna

Acara

Ekspo Sinar Rakyat, KKS2010

Ekspo Sinar Rakyat sempena Karnival Keusahawan Sosial PID 2010 anjuran Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam (PID) akan diadakan dari 1 hingga 20 Julai 2010. Program ini akan diadakan selama dua puluh hari dengan berbagai aktiviti menarik seperti pameran, karnival jualan, cabutan bertuah dan banyak lagi bakal dilaksanakan. Dijangkakan program ini akan dapat menarik ramai penyertaan dengan jangkaan sebanyak 30 ruang niaga dan pameran akan ditawarkan. Disamping itu program berbentuk ICT akan turut diadakan dengan harapan akan memberi pendedahan berguna kepada pengunjung tentang teknologi ICT yang terkini.

Lokasi Tapak Letak Kereta Kompleks Changlun , Changlun, Kedah
Tarikh 1 - 20 Julai 2010 (Ekpo Jualan Usahawan)
16 – 18 Julai 2010
- Pameran agensi kerajaan
- Majlis Perasmian
Pengurus Acara Gemalah Trading & Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam

E-Karnival

Bengkel Portal


Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010



Karnival Keusahawanan Sosial adalah sebuah program keusahawanan berteraskan ICT bertujuan menggalakkan aktiviti keusahawanan di kalangan penduduk luar bandar disamping melahirkan usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar. Program ini berlangsung selama sebulan iaitu dari 16 Jun 2010 hingga 18 Julai 2010 dengan mengetengahkan tiga (3) aktiviti khusus iaitu Bengkel Portal PID, e-Karnival dan Mini Ekspo jualan dan pameran usahawan. Bengkel Portal PID bertujuan melatih komuniti dalam penggunaan kemudahan portal yang telah disediakan secara percuma seperti memiliki e-kedai bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan untuk semua usahawan. E-Karnival adalah aktiviti jual beli secara dalam talian dengan setiap usahawan akan mengetengahkan produk secara online menerusi blog, laman web dan sebagainya. Seterusnya Mini Ekspo Karnival pula akan memberi peluang kepada usahawan dalam mempromosi produk dalam usaha merangsang pembangunan ekonomi dan sosial komuniti setempat terutama usahawan bumiputera. Mini Ekspo yang dikenali Ekspo Sinar Rakyat akan diadakan dari 1 hingga 20 Julai 2010 dimana sepanjang tempoh ini akan diadakan pelbagai program seperti ekspo jualan, sukaneka, pameran agensi kerajaan dan swasta, pertandingan, persembahan pentas, ceramah agama dan sebagainya. Dalam tempoh ini penganjur akan menggunakan sepenuhnya masa dalam merealisasikan impian untuk membuka minda masyarakat dalam usaha membudayakan ICT dan keusahawanan masa kini.

Program ini memberi peluang bagi usahawan sedia ada untuk memperluaskan lagi jualan produk serta melahirkan usahawan baru dengan menggunakan e-kedai di portal rasmi PID iaitu www.pid.net.my.

Karnival pada tahun ini telah menyediakan pelbagai aktiviti selaras dengan aspirasi mewujudkan usahawan global dan menjadikan portal PID sebagai tapak memulakan penjualan dan pembelian secara online.

Oleh itu, program pada kali ini telah menyediakan 3 acara/aktiviti khusus iaitu :

* Bengkel Portal PID (e-kedai)
* E-karnival
* Mini Ekspo

Selain itu, program pada kali ini juga telah menyediakan beberapa Anugerah bagi mengiktiraf usaha warga PID di dalam Karnival pada kali ini iaitu:

1. Anugerah Karnival PID Dinamik
2. Anugerah Usahawan Tekno
3. Anugerah e-kedai Kreatif

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi atau berjumpa dengan Pengurus/Pen. Pengurus PID Bukit Kayu Hitam.
emel : bukitkayuhitam@pid.net.my, Talian Hotline :
012-5210672

Thursday, May 20, 2010

Flyer

Info Karnival Keusahawanan Sosial PID

Karnival Keusahawanan Sosial PID (KKS) adalah sebuah program keusahawanan yang telah dilancarkan pada tahun 2008 oleh YB Dato’ Joseph Salang Gandum,Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang kini merupakan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) dalam menggalakkan penggunaan ICT dalam kehidupan harian terutamanya para usahawan.

Karnival Keusahawanan Sosial PID ini melibatkan penyertaan aktif warga PID dan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bertemakan keusahawanan dan ICT. Karnival ini juga bertujuan menggalakkan aktiviti keusahawanan di kalangan penduduk luar Bandar disamping melahirkan usahawan baru dan memberi peluang kepada PID untuk mengenali usahawan setempat.

Selain dari itu, program ini juga dapat :-

* Meningkatkan taraf kehidupan disamping menjadi usahawan peringkat global;
* Merapatkan jurang digital melalui sesi kelas-kelas ICT dan bengkel-bengkel keusahawanan
* Mempromosikan produk-produk tempatan dan perkhidmatan masing-masing.

Program ini dalam matlamatnya adalah untuk melahirkan para usahawan baru dikalangan komuniti luar bandar melalui penerapan elemen ICT sebagai penggerak kemajuan dan kemahiran perniagaan bagi membantu melaksanakan agenda negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang inovatif dan berwawasan.